Quran Irab – Kelas mengaji by Ustaz naim

Semua tahu Al-Quran merupakan kalam Allah yang penuh dengan petunjuk dan panduan untuk umat manusia menjalani kehidupan dengan mengaji Quran. Al-Quran ini telah digunakan sejak berzaman lamanya dan masih suci dan terpelihara sehingga hari ini. Isi di dalamnya tidak pernah berubah dan menampakkan keasliannya.Sebaik-baik buku itu adalah Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan ilmu pengetahuan termasuk berkaitan dengan moral, tingkah laku yang baik, kebaikan, kejadian alam dan lain-lain. Dengan mengaji Al-Quran, inshaAllah akan memberikan ketenangan dan keamanan dalam diri dan fikiran kita.

Orang muslim yang tidak pernah mengaji Al-Quran walaupun sepotong ayat adalah sama sahaja seperti tubuh yang tidak berpakaian. Ianya sangat memalukan dan tidak patut menjadi ikutan kerana Allah SWT tidak suka akan orang yang tidak mengaji Al-Quran.

Ini kerana, Al-Quran merupakan kata-kata yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan malaikat Jibril. Segala suruhan, perintah dan peraturan telah Allah SWT nyatakan dalam Al-Quran supaya hambaNya mengikut segala perintahNya dan menghindari segala laranganNya.

Membaca Al-Quran ini mempunyai banyak faedah dan kelebihannya. Walaupun sepotong ayat mahupun satu huruf dalam Al-Quran, sekiranya membacanya, pasti akan diberikan ganjaran yang setimpal. Jadi apa yang kita boleh dapat daripada mengaji Quran ini?

Banyak kelebihan dan manfaat yang akan kita dapat daripada mengaji Al-Quran sahaja. Sememangnya dengan mengaji Al-Quran sahaja sama ada bersendirian ataupun beramai-ramai, pasti banyak ganjarannya di dunia bahkan di akhirat kelak.

Jika anda mencari perkhidmatan pembelajaran Al-Quran, program Jom Belajar Al-Quran bersama Ustaz Na’im mengaji santai, sampai pandai ada jawapannya. Kelas Al-Quran ini disediakan bermula dari peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Tak payah susah-susah keluar rumah, kelas dijalankan secara atas talian bersama para guru bertauliah. Klik saya nak belajar Al-Quran online Live Percuma! untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment